Wednesday 18 May 2011

Aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. Aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba dhoif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH .!!!!

·      Tujuh petala bumi Tujuh petala langit

Dari gunung ke lembah curam

Dari sungai ke lautan bergelombang

Kembara adalah setia pada sumpah

Kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita

Warisan berkurun dari Dato' Laksamana

DIMANA BUMI DIPIJAK DISITULAH LANGIT DIJUNJUNG

Sumpah pendekar..Pantang undur walau setapak

Pantang maut sebelum ajal

Pantang derhaka pada titah

Pantang keris dipinggang kalau tak berani mati

Berdentum guruh dilangit

Merekah bumi dipijak

PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK

Pulangkan pamor pada kerisnya

Pulangkan sireh pada gagangnya

Pulangkan mahkota pada takhtanya

Pulangkan cokmar pada laksamana

Pulangkan langkah pada gelanggang

Pulangkan sumpah pada pendekar

Pulangkan rohani pada jasmani

Pulangkan bangsa dan martabat

Sumpah bukan cuma dibibir

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG

Bumi warisan ini TANAH TUMPAH DARAH KITA

Masih menuntut semangat yg belum tertunai

Pribumi bukan sekadar gelaran tanpa makna

Kita adalah anak watan

Darah yg mengalir ditubuh kita

Semerah darah Si Jebat yg tumpah dibumi Melaka

Semerah darah Si Jebat yg terlekat di Taming Sari

Semerah darah Si Jebat yg tercalit dikening Hang Tuah

Semerah darah Hang Nadim yg terhumban dilaut Temasik

Dan kita pun masih disini

Mendepani hari-hari yang semakin mencabar

Keutuhan tekad yg kental Sumpah keramat seorang pendekar

TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA!!!